Friday, 23 September 2011

KIsah Hati Seorang Wanita


Assalamualaikum .. Jom Bace n Comment ..


 Kadang dye sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehingga menitis air matanya , tetapi kita tidak melihat . . . Kerana dye menangis dalam senyap . . Menangis dye dalam hatinya . . Deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan utk menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir .
   Dan kadang kita boleh melihat air matanya mengalir . . Sungguh di kala itu amat perit derita yang perlu dia tanggung . . Dan seolah telah hilang suatu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu . . Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan , mungkin dye akan melakukan perkara yang luar kawalan . . Bimbinglah dye . . Tenangkanlah dye . .
   Di saat menitisnya air mata itu , jika kamu berpesan padanya dan berjanji tidak akan melukainya lagi , dye akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara . . Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya , lantas dye akan menggenggam erat tanganmu . . Di dalam hatinya berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya . .
   Dan kadang dye jarang menyatakan rindu . . Jangan lah kamu beranggapan bahawa tiada langsung perasaan rindu itu padamu . . Sengaja dye memberi peluang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seseorang yang dia cintai , memberitahu sedang rindukannya . . Apabila perempuan memberitahu dia sedang merindui mu , dia benar benar maksudkannya . . Apabila berjauhan , bayanganmu akan sentiasa bermai di mata para wanita . . Kadang dia tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana amat merindui kamu . .
   Apabila dia berkata lelaki lain lebih baik dari kamu , jangan percaya kata katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . . Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . . Walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik di hatinya . . Selagi dia dengan kamu , percaya lahh walaupun perempuan mengganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya , tetapi di hatinya kamu tetap yang terbaik . .Kerana kamulah dunianya selamanya . .
    Kadang dia menjadi degil . Dia bukan bermaksud utk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percaya lah hati perempuan itu sangat lembut . Andai kena caranya , jangan terkejut apabila dia hanya menukar fikirannya hanya dalam masa sesaat :) . . kata orang , sekeras keras hati perempuan , akan cair dengan janji sang pemuja . .
    Dan kadang apabila dia berkata "tolong tinggalkan saya!" . Dia tidak bermaksud utk menyuruh anda pergi selamanya . . Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan kembali mencari anda . Itu tandanya dia benar benar mencintai anda . Perempuan ini sukar mengawal perasaan . Dia terlalu emosional . . Tetapi dia lah paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu .
    Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang . Seseorang di sini bermaksud seorang lelaki yang disayanginya dan dicintainya . Jika anda bukan lelaki tersebut , sejauh mana langkahmu akan tiada hasilnya . . Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati , amat susah untuk si dia melepaskan dalam jiwanya . Ia akan mengambil masa yang lama utk pulih . Tetapi jika anda lelaki tersebut , bersyukur lah . Kerana bukan semua lelaki beruntung macam kamu :) . Hargailah seorang perempuan yang menyayangi dan mencintai kamu itu :) .

 Sumber :  Abg NasTerjah 

Tekan Like Button .. Ok .. Jumpe lgi.. Assalamualaikum .

0 comments: